Wan Azizah perlu lebih jelas - Utusan Malaysia

Wan Azizah perlu lebih jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu lebih jelas menyatakan pendirian terhadap isu perkahwinan bawah umur seperti yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.

Wan Azizah perlu lebih jelas
 Wan Azizah Wan Ismail 

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, sekiranya Wan Azizah memerlukan khidmat nasihat, pihaknya bersedia memberikan kerjasama.

“Beliau perlu lebih jelas. Jika beliau bersedia berjumpa dengan pertubuhan-pertubuhan wanita, kami ada semua alasan menentang perkahwinan bawah umur sama ada dari segi hak, perundangan atau agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika beliau merujuk kami, kami mampu beri semua justifikasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku Autobiografi Seorang Pemberontak : Kassim Ahmad di Universiti Malaya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini