SAUDARA PENGARANG,
KEMBALINYA Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen seperti yang diumumkan baru-baru ini akan membolehkan beliau berganding bahu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi sebagai ahli Parlimen dalam usaha memacu kepemimpinan negara ke puncak kegemilangan Malaysia di rantau ini.
Gandingan Anwar dan Dr. Mahathir akan membina keyakinan baharu masyarakat antarabangsa kepada imej Malaysia.
Dunia luar akan memandang tinggi kepada Malaysia kerana Anwar mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan negara Barat dan negara Arab di samping negara serantau.
Kehadiran Anwar ke pentas Parlimen mampu menarik kehadiran serta minat para pelabur dalam dan luar negara untuk menanam modal dan membuka peluang perniagaan serta pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Gandingan Anwar dan Dr. Mahathir dalam kepemimpinan negara secara langsung sebagai langkah persiapan dan persediaan kepada peralihan kuasa strategik Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.
Pemulihan ekonomi negara juga memerlukan sentuhan Anwar yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia di samping kebijaksanaan Perdana Menteri dan barisan Kabinet menguruskan ekonomi negara.
Ini akan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang ingin melihat Anwar beraksi di Parlimen semula dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri seperti yang telah dipersetujui dan dijadualkan sebelum ini.
Ini juga akan memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang dimeterai bersama antara rakan komponen parti sebelum PRU-14.
Agenda reformasi yang menyeluruh memerlukan bimbingan langsung Anwar ke arah memastikan perubahan holistik dalam semua aspek pentadbiran negara termasuk kuasa eksekutif, sistem perundangan dan kebebasan Parlimen.
Kemunculan Anwar ke arena politik negara dan Parlimen akan mempercepatkan lagi usaha kerajaan memperkasakan survival ekonomi
MOHAMAD SOFEE RAZAK
Ketua Penerangan Keadilan Negeri Kedah











