Lapan usahawan terima Anugerah Agropreneur Agrobank 2018 - Utusan Malaysia

Lapan usahawan terima Anugerah Agropreneur Agrobank 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Lapan usahawan hari ini menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank (3A) 2018 kali ketiga yang diadakan sebagai penghargaan kepada usahawan berjaya bagi sektor perniagaan berasaskan pertanian.

Lapan usahawan terima Anugerah Agropreneur Agrobank 2018
Mohamad Zabidi Zainal

Menurut Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, anugerah tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif bank itu bagi mengiktiraf usahawan cemerlang dalam perniagaan berasaskan pertanian.

“Kami percaya bahawa kisah kejayaan mereka akan memberi inspirasi kepada semua sekali gus mengenengahkan prospek dan potensi yang baik dalam perniagaan agro.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga mahu usahawan yang berjaya memacu pertumbuhan dan kemakmuran serta membuat perubahan positif bukan sahaja kepada diri mereka bahkan kepada semua komuniti dan juga ekonomi secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank (3A) 2018 di sini hari ini.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini