Batal niat tarik diri nyata berbaloi - Utusan Malaysia

Batal niat tarik diri nyata berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Sept. – Jaguh jalan kaki Kelantan, Nurul Alyahaziqah Kamarazaman bangkit daripada kekecewaan untuk memenangi pingat emas 10,000 meter wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Perak, hari ini.

Isnin lalu, Alyahaziqah menyangka dia telah memenangi pingat emas acara 5,000m setelah menamatkan persa­ingan di tempat pertama namun dikecewakan dengan keputusan pegawai perlumbaan membatalkan penyertaannya kerana melakukan tiga kesalahan.

“Selepas penyertaan saya dibatalkan dalam acara 5,000m saya mahu menarik diri bagi acara 10,000m tetapi apabila saya fikirkan keluarga datang dari jauh kerana mahu memberi sokongan manakala jurulatih (Mohd. Ghani Seman) akan bersara tahun depan membuatkan saya membatalkan niat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Teknik saya gunakan dalam acara jalan kaki ini masih baharu lagi. Baru sebulan mencubanya, sebab itu saya masih membuat kesilapan dalam acara 10,000m walaupun penyer­taaan saya dibatalkan dalam acara 5,000m akibat kesalahan yang sama,” katanya selepas menamatkan perlumbaan de­ngan masa 54 minit, 42.45 saat.

Pingat perak menjadi milik Nurul Ashikin Hussin dari Wilayah Persekutuan yang melintasi garisan penamat dengan masa 55:02.92s. Gangsa pula menjadi milik atlet Pahang, Koong Jia Lin dengan masa 55:23.36s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini