Peminat tegar Lee Jong Suk didakwa ceroboh lapangan terbang - Utusan Malaysia

Peminat tegar Lee Jong Suk didakwa ceroboh lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 19 Sept. – Dua wanita rakyat negara ini yang juga peminat aktor popular Korea Selatan, Lee Jong Suk didakwa kerana menceroboh lapangan terbang Thailand dengan menyamar sebagai pegawai kastam semata-mata mahu bertemu aktor tersebut.

Kedua-dua wanita yang namanya tidak didedahkan memasuki zon larangan lapang terbang Suvarnabhumi pada 14 September lalu menggunakan pas keselamatan.

Rancangan mereka berjaya sehinggalah salah seorang wanita itu mendedahkan kejayaan mereka dalam Instagram sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan lapangan terbang terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakaman kamera menunjukkan seorang pegawai kastam menyerahkan pas keselamatan kepada kedua-dua wanita itu dan membawa mereka ke kawasan larangan yang merupakan lokasi ketibaan aktor tersebut.

Jika didapati bersalah, kedua-dua tertuduh boleh didenda dan dipenjarakan sehingga lima tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini