PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata, perkahwinan remaja perempuan 15 tahun di Kelantan mendapat persetujuan gadis itu.
Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), perkahwinan yang melibatkan remaja itu dengan lelaki berumur 44 tahun adalah atas dasar ‘suka sama suka’.
“Kami mendapati remaja perempuan itu ialah isteri kepada seorang duda yang sudah bercerai selama empat tahun, remaja itu bukan isteri kedua,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di sini hari ini.
Media melaporkan perkahwinan remaja 15 tahun dengan seorang anggota Jabatan Sukarelewan Malaysia (Rela) berusia 44 tahun di Kelantan baru-baru ini.
Lelaki itu mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya.
Dr. Wan Azizah berkata, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet hari ini berhubung usaha-usaha yang giat dilaksanakan untuk meningatkan perkahwinan bawah umur kepada 18 tahun. – Bernama











