RAI. Kumpulan SRP80 SMGC, Kedah berkonvoi ke Terengganu bagi meraikan majlis kenduri anak rakan persekolahan mereka, Mariana Ishak baru-baru ini.
Kebanyakan mereka dari Kedah dan selebihnya dari Lembah Klang.
Selepas kenduri, mereka mengambil kesempatan membeli-belah di Pasar Payang di Kuala Terengganu.
Berita berkaitan:
Sehari selepas majlis, tuan rumah menyediakan sarapan nasi dagang istimewa kepada ahli kumpulan di kediamannya di Ajil sebelum mereka berangkat pulang ke destinasi masing-masing.











