RM500 juta untuk Industri seni kreatif - Utusan Malaysia

RM500 juta untuk Industri seni kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Dua penerbit filem dan drama tempatan, Datuk Wendy Wong dan Nancy Foo bakal memperkenalkan satu lagi saluran televisyen atas talian tidak lama lagi.

Wendy berkata, ini bagi menyesuaikan trend penonton kini yang lebih suka menonton drama atau melayari muzik di telefon pintar sahaja.

“Jika dilihat pada zaman sekarang, trend pengguna lebih suka menonton drama atau melayari muzik di telefon pintar sahaja. 

“Jadi ini adalah salah usaha untuk saya membantu ekonomi Malaysia dengan sebuah projek yang bagus untuk pembangunan industri hiburan,” katanya. 

Wendy turut memberitahu, penubuhan televisyen atas talian itu juga merupakan salah satu cabang pelaburan syarikat Linetrust Offshore Ltd. 

Merupakan perunding pelaburan untuk syarikat itu, jelas Wendy, sebanyak RM500 juta daripada RM4 bilion pelaburan juga telah diperuntukkan untuk Industri seni kreatif.

“Meskipun pelaburan itu merangkumi banyak perkara lain seperti pembangunan teknologi namun industri hiburan juga tidak ketinggalan dalam mendapat perhatian. 

“Usaha ini akan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di negara ini merangkumi industri seni kreatif yang dilihat boleh terus berdaya saing dengan platform digital sedia ada,” katanya.

Sementara itu dalam pelaburan besar itu, syarikat Linetrust Offshore Ltd. yang berpengkalan di Majuro, Kepulauan Marshall bekerjasama dengan syarikat Cosmo Solutions Pvt. Ltd. dalam penyelidikan dan pembangunan bidang teknologi microcontroller. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×