MELAKA – Sekumpulan penyamun melarikan beg berisi wang tunai sebanyak RM40,000 setelah menceroboh sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dua penghuni rumah itu yang berusia 21 dan 26 tahun turut cedera akibat bergelut dengan penjenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian disedari salah seorang mangsa selepas terdengar bunyi bising di bahagian bawah rumah dua tingkat itu.
“Dua beradik berkenaan bertindak memeriksa bunyi bising tersebut dan terkejut apabila mendapati dua orang lelaki berada di ruang tamu dengan muka ditutup menggunakan kain serta salah seorang daripadanya memegang pisau pemotong daging.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











