ALOR SETAR – Lebih 300 pengunjung sanggup beratur panjang seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapat peluang membeli ayam dengan harga murah 30 sen seekor yang dijual di pusat jualan Ayam Bismi Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) di Simpang Empat Kangkong di sini semalam.
Bagaimanapun seramai 150 pengunjung terawal sahaja diberikan kupon untuk membeli ayam yang dijual murah itu sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan syarikat tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin berkata, beliau menghargai sokongan pelanggannya yang sanggup beratur seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapat kupon bagi membeli ayam yang dijual murah itu walaupun kaunter jualan dibuka pada pukul 7.30 pagi.
Menurutnya, kebanyakan ayam yang dijual itu adalah seberat kira-kira dua kilogram seekor.
“Jualan ayam pada harga 30 sen seekor itu bertujuan berkongsi rezeki dan memberi pulangan balik hasil perniagaan kepada pelanggan,” katanya kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di pusat jualan berkenaan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











