Enam terima anugerah Tokoh Pas 2018 - Utusan Malaysia

Enam terima anugerah Tokoh Pas 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 15 Sept. – Pemikir utama Budaya Politik Matang dan Sejatera (BPMS) yang membantu memperkenalkan pendekatan suasana politik baharu Pas, Allahyarham Prof. Dr. Mohd Khazani Abdullah merupakan antara enam penerima anugerah Tokoh Pas 2018.

Anugerah itu yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  turut diterima oleh  Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr. Sanusi Daeng Mariok adalah sempena perasmian Muktamar Tahunan Pas Pusat kali Ke-64 yang yang diadakan, di sini hari ini.

Allahyarham Mohd Khazani  yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pakar dalam bidang optik fiber, merupakan seorang aktivis Pas sejak menuntut di universiti, banyak menyumbang jasa dengan komitmen yang berterusan  kepada parti dan perjuangan Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Allahyarham yang memiliki sarjana muda bidang kejuaraan elektrik dari University of Missouri,Rolla, Amerika Syarikat dan mendapat ijazah peringkat PhD.dari Universiti Malaya juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (2015-2017).

Dr. Sanusi Daeng Mariok pula yang berasal dari Sungai Merab, Selangor,  pernah menjadi Ahli Parlimen Rantau Panjang pada tahun 1995 hingga 1999 juga Naib Presiden Pas dan Ahli Majlis Syura Ulama.

 Sementara itu, Yang Dipertua Pas kawasan Lumut, Noh Ahmad, 59 dan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Shopiah Ahmad,69, pula dianugerahkan Tokoh (Istiqamah) Pas 2018.

Noh, seorang pesara yang berasal dari Pangkor Perak  mula memegang jawatan dalam parti sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat dan Pengarah Pasti Pusat.

Shopiah pula yang berasal dari Jasin Melaka mula memegang jawatan dalam parti sebagai Setiausaha Dewan Muslimat Pas Melaka sejak tahun 1967 dan memiliki pengalaman kerja sebagai tenaga pengajar di madrasah As Sunnah, Terentang sejak tahun 1970.

Turut menerima ialah Tokoh Pas ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu, Toh Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim, yang juga isteri bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Allahyarham Datuk Harun Taib dan bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, Dr. Abu Bakar Abdullah yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini