KUALA TERENGGANU 13 Sept. – Kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-59, di Pulau Duyong, di sini hari ini mencuri perhatian para perwakilan dan pemerhati politik.
Asyraf Wajdi tiba sebagai tetamu undangan khas bersama rombongan Pemuda UMNO di lokasi program iaitu Duyong Marina & Resort kira-kira pukul 3 petang tadi.
Muktamar dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Memuatkan artikel berkaitan…
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan akan turut menghadiri perasmian Muktamar Pas Ke-64 yang dijadual berlangsung lusa. – UTUSAN ONLINE











