WELLINGTON 18 Mac – Seorang pemilik kedai menjual senjata api memaklumkan bahawa suspek pengganas Brenton Tarrant, 28, membeli sejumlah senjata secara dalam talian dari premis tersebut.
Channel News Asia melaporkan, David Tipple yang memilik kedai senjata Gun City Limited memaklumkan perkara tersebut dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
“Saya sudah maklumkan tentang suspek membeli sebanyak empat senjata api kategori A termasuk peluru.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Semua pembelian dan penjualan yang dilakukan oleh kedai kami mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Bagaimanapun, Tippe memberitahu bahawa senjata yang digunakan dalam insiden serangan di dua buah masjid di Christchurch itu bukan dari kedainya. – AGENSI











