Penunggang motosikal maut kemalangan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 18 Mac – Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan putus kaki kanan dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 120, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur di sini semalam.

Nahas pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan pekerja syarikat penyelenggaraan lebuh raya R. Chandran, 49, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian motosikal Honda C100 yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Tanjung Malim ke Ipoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemalangan berlaku selepas motosikal berkenaan cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Mitsubishi Pajero yang dipandu lelaki berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari Behrang 2020 ke Tanjong Malim manakala mangsa pula dari arah bertentangan.

“Mangsa yang ketika itu menunggang motosikal di hadapan sebuah kereta Perodua Bezza cuba memotong kenderaan lain namun gagal dan melanggar Mitsubishi Pajero tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terpelanting di hadapan kereta Perodua Bezza dan ekoran jarak yang terlalu dekat kereta berkenaan telah melanggar mangsa sebelum terbabas ke kanan jalan,” katanya.

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah dan putus kaki kanan maut di tempat kejadian manakala pemandu dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini