Gempa Lombok: Tiada pelajar Malaysia terlibat - Utusan Malaysia

Gempa Lombok: Tiada pelajar Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tiada pelajar Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia semalam.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau mengesahkan perkara itu berdasarkan maklumat daripada Education Malaysia Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Jelasnya, tiada pelajar Malaysia yang berada di Lombok atau Nusa Tenggara Barat sewaktu kejadian berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 137 orang pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Udaya dekat Bali. Ia merupakan kedudukan terdekat pelajar Malaysia dengan Lombok iaitu sejauh 172 kilometer.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh pihak keduataan dan Education Malaysia Indonesia susulan insiden itu,” katanya dalam sayu kenyataan hari ini.

Menurut Maszlee, beliau juga merakamkan rasa dukacita atas bencana tersebut selain berharap pelajar Malaysia di negara itu agar sentiasa berhati-hati dan patuh dengan arahan pihak berkuasa. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini