Lelaki warga emas maut, rebah ketika main golf - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut, rebah ketika main golf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika sedang bermain golf dalam satu kejadian di Kelab Golf Rahman Putra di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian sekitar pukul 1.15 petang itu, mangsa, 68, pengsan ketika sedang bermain golf sebelum pihak pengurusan kelab golf berkenaan menghubungi anak lelakinya untuk memaklumkan tentang kejadian.

“Mangsa yang merupakan seorang pesara kerajaan seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan namun setibanya di wad kecemasan lelaki warga emas itu disahkan telah meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan rakaman percakapan saksi iaitu anak serta isteri si mati mengesahkan dia mengalami penyakit jantung sejak tahun 2014 dan telah menjalani pembedahan jantung dua tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jelas Shafa’aton, keluarga mangsa turut memaklumkan bahawa mangsa sering mendapatkan rawatan susulan penyakitnya itu di Hospital UITM Sungai Buloh di sini.

“Siasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang unsur jenayah yang terlibat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini