Gesa Wisma Putra lapor keadaan terkini - Utusan Malaysia

Gesa Wisma Putra lapor keadaan terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pihak Wisma Putra digesa untuk sentiasa melaporkan keadaan terkini dari semasa ke semasa berkenaan insiden serangan pengganas di masjid di Christchurch, New Zealand yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Selain itu, Timbalan Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia, Fahami Ashrof Badaruddin juga meminta Wisma Putra memastikan keselamatan rakyat Malaysia di New Zealand dijamin oleh pihak berkuasa di sana.

“Gerakan Belia 4B Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-sekerasnya kejadian tembakan ke atas umat Islam yang ingin mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Noor serta Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand,” katanya dalam kenyataan hari ini yang turut merakamkan ucapan takziah ke atas mangsa serta keluarga terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Fahami Ashrof berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin yang disifatkannya sebagai tidak bertamadun apabila mengaitkan insiden pembunuhan di New Zealand tersebut dengan kerjasama UMNO dan Pas.

“Sebagai wakil rakyat beliau harus peka dan tidak mempolitik isu ini. Gerakan Belia 4B Malaysia menasihatkan beliau agar tidak celupar dan menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

“Gerakan Belia 4B Malaysia ingin mengajak rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk bersolidariti menolak apa juga bentuk keganasan yang ditonjolkan dan ayuh bersama-sama mendoakan keselamatan serta kesihatan mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini