Reus selamatkan Dortmund - Utusan Malaysia

Reus selamatkan Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 17 Mac – Marco Reus mengakui Borussia Dortmund terpaksa berhempas-pulas terlebih dahulu sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Hertha Berlin.

Kemenangan tersebut membolehkan Dortmund berkelebihan tiga mata di puncak liga mengatasi pencabar terdekat juga merupakan juara bertahan, Bayern Munich.

Penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou dua kali menghukum kerapuhan benteng pertahanan pasukan pelawat pada babak pertama bagaimanapun pemain tengah Denmark, Thomas Delaney dan pertahanan Dortmund, Dan-Axel Zagadou berjaya menyamakan kedudukan sebelum Reus meledak gol kemenangan di penghujung permainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hertha kehilangan pertahanan, Jordan Torunarigha dan pemain gantian, Vedad Ibisevic yang dilayangkan kad merah dalam aksi panas tersebut.

“Apa yang penting kami mendapatkan tiga mata. Kami menguasai babak kedua dan pemain mengutamakan bola. Kami terpaksa bekerja keras untuk menang tetapi itu sahaja cara untuk kami lebih yakin,” kata kapten Dortmund, Reus.

Kalou meletakkan Hertha di depan seawal minit keempat selepas dia memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Dortmund, Roman Burki.

Delaney menyamakan kedudukan 10 minit kemudian namun Kalou kembali meletakkan tuan rumah didepan selepas menyempurnakan penalti 10 minit sebelum rehat setelah bola terkena tangan Julian Weigl.

Tandukan Zagadou berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas rehat berpunca daripada sepakan penjuru Jadon Sancho.

Ketika permainan berbaki lima minit, Torunarigha dilayang kad kuning kedua selepas mengasari pertahanan Dortmund, Achraf Hakimi.

Dortmund yang terdesak mencari mencari tiga mata menarik nafas lega selepas Reus meledak gol kemenangan berpunca daripada hantaran lintang Sancho. Bagaimanapun Ibisevic yang menggantikan Kalou dilayang kad merah selepas membaling bola ke muka Burki pada minit ke-90. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini