Mujahid tidak bersetuju kaitkan serangan Christchurch dengan kerjasama Pas-UMNO - Utusan Malaysia

Mujahid tidak bersetuju kaitkan serangan Christchurch dengan kerjasama Pas-UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak bersetuju dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol daripada DAP, Chew Chong Sin mengaitkan kerjasama UMNO dan Pas ketika memberi pandangan mengenai serangan pengganas terhadap dua buah masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin.

Mujahid berkata, kerjasama Pas-UMNO lebih kepada kerjasama politik yang jelas tiada kena mengena dengan ekstrimisme agama.

“Saya pun dengar begitu dan saya tidak bersetuju. Ia dua benda berbeza. Apa yang berlaku di Malaysia ni adalah politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan itu pastinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini