Serangan Christchurch: Tarrant didakwa membunuh - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Tarrant didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH – Brenton Tarrant, 28 tahun, didakwa di mahkamah pada Sabtu, susulan kejadian serangan di dua masjid di Christchurch ketika waktu solat Jumaat semalam.

Tarrant, yang menurut media tempatan boleh dinamakan tetapi tidak boleh ditunjukkan mukanya, telah ditahan reman tanpa membuat sebarang pengakuan sehingga 5 April.

Dalam kemunculan singkatnya di mahkamah, suspek hadir memakai ‘boilersuit‘ berwarna putih, diiringi dua pegawai polis dan dalam keadaan bergari. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×