PRIHATIN. Program Jom Cegah Jenayah yang diadakan di Dewan Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kempas Fasa 1, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya.
Pengerusi KRT di kawasan itu, Abu Hashim berkata, program tersebut diadakan untuk memastikan setiap ahli KRT memahami fungsi Skim Rondaan Sukarela (SRS) selain berupaya menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dalam usaha cegah jenayah.
“Antara pengisian program adalah ceramah yang disampaikan oleh Asisten Superintendan Zakaria Said dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Program dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Muda. Mohd Fakhzan Nasir,” ujarnya.











