Malaysia bimbang - Utusan Malaysia

Malaysia bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Malaysia meluahkan ke­bimbangannya terha­dap hubungan antara penyeludupan dadah dengan rasuah dan lain-lain bentuk jenayah terancang termasuk pengubahan wang haram.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada 2018, Malaysia merampas wang tu­nai berjumlah US$21.6 juta selain menyita harta benda bernilai US$4.1 juta yang dikaitkan dengan sin­diket dadah.

Dalam usaha menangani masalah dadah, Muhyiddin berkata, Malaysia percaya setiap ne­gara anggota tiga konvensyen antarabangsa berkaitan dadah berhak menentukan apa yang terbaik untuk rakyat sambil pada masa sama masih lagi mematuhi triti ditandatangani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia menjunjung kedaulatan undang-undang da­lam penggubalan ser­ta pelaksanaan dasar mengenai dadah selain melin­dungi kebebasan asas dan maruah setiap individu,” katanya semasa menyampaikan pernyataan Malaysia pada Segmen Menteri di Sesi Ke-62 Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) di Vienna, Austria.

Teks pernyataan itu dikongsikan dengan Bernama di sini hari ini.

Muhyiddin memberi contoh Dasar Da­dah Negara yang di­semak semula dan diguna pakai pada 2017 yang menurutnya satu dasar komprehensif, bersepadu dan seimbang dengan semua aspek dalam pendekatan negara mengurangkan bekalan dan permintaan terhadap dadah digembleng menerusi lima strategi iaitu pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan undang-undang, pe­ngu­rangan kemudaratan dan kerjasama antarabangsa.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Malaysia tidak berkompromi terhadap penyeludupan dadah dan ini dapat dilihat menerusi penguatkuasaan oleh pihak berkuasa negara yang menyaksikan peningkatan dalam tangkapan serta jumlah dadah yang dirampas selama ini.– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini