Pasukan khas pantau harga rumah di Selangor - Utusan Malaysia

Pasukan khas pantau harga rumah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memantau harga rumah di negeri ini terutama melibatkan Rumah Selangorku.

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, langkah itu penting dalam mengetahui julat keuntungan diperoleh para pemaju menerusi harga yang ditetapkan dan kos sebenar pembinaan untuk Rumah Selangorku.

Katanya, harga jualan yang ditetapkan adalah pada harga seperti RM42,000, RM150,000 dan RM220,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu terperangkap dengan sebaran pihak pemaju bahawa harga rumah semakin hari semakin naik (berikutan harga bahan mentah).

“Kita juga akan menilai statistik (permintaan) terhadap rumah di bawah harga RM250,000,” katanya ketika berucap pada malam jalinan mesra beliau bersama media di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya memberitahu, cabaran dihadapi para pembeli kini lebih kepada kekangan dan syarat ketat daripada pihak bank.

Justeru, Haniza berharap campur tangan daripada pihak Bank Negara dalam membantu golongan B40 khususnya dalam mendapat peluang pembiayaan.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menjelaskan sebuah jawatankuasa kecil juga akan ditubuhkan dalam memantau dan memulihkan projek rumah terbengkalai di negeri ini.

“Berdasarkan rekod mendapati terdapat 20,000 unit rumah terbengkalai di negeri ini.

“Melalui jawatankuasa ini, kita tidak perlu menunggu sehingga 10 atau 20 tahun untuk mengisytiharkan projek perumahan itu terbengkalai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini