Culik: Jurutera Lebanon mati dibunuh - Utusan Malaysia

Culik: Jurutera Lebanon mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO 15 Mac – Seorang jurutera pembinaan Lebanon yang diculik dijumpai mati dalam kawasan belukar di barat laut Nigeria, semalam.

Polis Kano, Abdullahi Haruna berkata, mayat mangsa dijumpai penduduk tempatan berhampiran Kampung Ygano di pinggir bandar Kano.

“Mangsa yang dijumpai penduduk setempat disahkan mati oleh Hospital Pakar Murtala Mohammed,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Haruna, pihaknya masih menjalankan siasatan namun tidak mendedahkan sama ada penculik ada membuat sebarang tuntutan.

Empat lelaki bersenjata menculik jurutera tersebut di tapak pembinaan jalan di Kano pada pagi Selasa.

Serangan itu juga menyebabkan seorang pekerja di tapak tersebut mati manakala seorang lagi cedera. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini