Boustead semak semula harga kontrak kapal - Utusan Malaysia

Boustead semak semula harga kontrak kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Boustead Holdings Berhad (BHB) menyemak terma kontrak bagi pembekalan empat kapal pesisir kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

BHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kerajaan telah bersetuju bahawa kesemua empat kapal berkenaan akan dibina dan disiapkan di China pada semakan harga kontrak RM1.048 bilion.

BHB merujuk kepada pengumuman awal pemeteraian kontrak antara Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd., anak syarikat BHB bagi membekal empat buah kapal dengan kerjasama rakan limbungan kapal di China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan kontrak awal tersebut, dua buah kapal pertama akan dibina dan disiapkan di China manakala baki dua kapal lagi akan dibina dan disiapkan di Malaysia pada harga RM1.17 bilion termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini