UMNO sedia khidmat guaman percuma kepada pihak terkesan - Utusan Malaysia

UMNO sedia khidmat guaman percuma kepada pihak terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – UMNO menyediakan khidmat guaman secara percuma kepada semua pihak yang terkesan daripada tragedi pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim termasuk tuntutan ganti rugi terhadap mana-mana pemilik kilang yang terlibat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan peguam khas yang diketuai oleh Adzly Ab. Manas ini akan turun segera ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan mangsa.

“Kita percaya ada kesan jangka pendek serta jangka panjang ekoran tragedi toksik ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya kesal tindakan sambil lewa kerajaan negeri Johor dalam menangani isu ini. Ini terbukti tiada tindakan pembersihan sungai dilakukan, seperti yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Lebih mengecewakan apabila alasan kerajaan negeri tidak melakukan pembersihan kerana kos pembersihan terlalu tinggi. Seolah-olah menunjukkan nyawa rakyat tidak berharga kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, beliau amat kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk tidak mengisytiharkan ‘Darurat Bencana’ di Pasir Gudang dan Tebrau

walaupun usul tergempar telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

“Dan ia disokong sepenuhnya oleh barisan pembangkang Barisan Nasional (BN) dan Pas.

“Saya juga berharap tindakan membuang toksik ke sungai ini jika dianggap sebagai tindakan jenayah, maka saya mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera, menghadapkan mereka ke muka pengadilan tanpa berdolak dalik lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini