PUTRAJAYA 15 Mac – Lebih 2,000 umat Islam menunaikan solat hajat di Masjid Universiti Tenaga Nasional (uniten) Bangi, dekat sini bagi mendoakan keselamatan penduduk Pasir Gudang yang kini berdepan ancaman pencemaran bahan kimia.

Solat hajat itu ditunaikan sejurus solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam 2 Masjid Uniten, Mohd. Taufik Abu Hassan.
Beliau turut memimpin bacaan doa yang mendoakan kesembuhan dan keselamatan penduduk Pasir Gudang daripada musibah tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kita mengadakan solat hajat untuk kesembuhan dan keselamatan penduduk Pasir Gudang khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
“Apa yang berlaku adalah ujian dan sebagai orang yang beriman kepada Allah juga kita bertawakal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











