780 mangsa baharu pencemaran toksik, semuanya kini berjumlah 3,555 - Utusan Malaysia

780 mangsa baharu pencemaran toksik, semuanya kini berjumlah 3,555

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 15 Mac – Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.

Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 780 yang dirujuk sehingga malam tadi, hanya 202 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan daripada 202 kes pula, seramai 113 individu dimasukkan hospital iaitu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal menunjukkan
PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal menunjukkan peta lokasi pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah MPPG di Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Dalam perkembangan lain, Sahruddin berkata, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – UTUSAN ONLINE

MANGSA baharu pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim dibawa untuk rawatan kecemasan ke pusat operasi
MANGSA baharu  pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim dibawa untuk rawatan kecemasan ke pusat operasi di Stadium MPPG, Pasir Gudang, Johor ssbentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini