PASIR GUDANG – Kerajaan negeri melalui jabatan dan agensi kerajaan akan memastikan keperluan dan kebajikan mangsa-mangsa dan petugas-petugas sentiasa dijaga dan mencukupi.
Pengerusi Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengedarkan makanan bermasak, roti, biskut, air kotak dan air mineral kepada mangsa dan keluarga di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak kejadian berlaku pada 7 Mac lalu.
Menurut Cai Tung yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, pihaknya mengagihkan 1,300 pek makanan ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Dewan Taman Mawar, Dewan Jalan Cermai 16, Bilik Gerakan HSI, Bilik Gerakan Bencana Aqabah, dan 10,000 unit topeng hidung dan mulut.
“Saya telah meminta JKM Negeri Johor dan Yayasan Pasir Gudang untuk bekerjasama untuk memastikan makanan mangsa, kakitangan perubatan dan petugas sentiasa mencukupi,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN ONLINE











