Lelaki Australia halang anak panah dengan telefon bimbit - Utusan Malaysia

Lelaki Australia halang anak panah dengan telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA 14 Mac – Telefon bimbit benar-benar menjadi peyambut hayat buat seorang lelaki di negara ini apabila menjadi penghalang daripada terkena anak panah yang ditujukan kepada dirinya.

BBC melaporkan, lelaki berusia 43 tahun itu bernasib baik anak panah disasarkan kepadanya oleh seorang lelaki berusia 39 tahun dalam kejadian di Nimbin pada Rabu lalu.

Menurut polis, suspek telah membawa busur dan anak panah di hadapan rumah mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang cuba merakam aksi suspek sebelum anak panah itu menusuk telefon bimbitnya dan menyebabkannya terpelanting mengenai mukanya.

Difahamkan kedua-dua mereka saling mengenali dan suspek telah ditangkap atas kesalahan serangan dan kerosakan harta benda. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini