TNB buat pengumuman bila tiba masa sesuai - Utusan Malaysia

TNB buat pengumuman bila tiba masa sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan membuat pengumuman rasmi berhubung perubahan dalam kepimpinannya apabila tiba masa yang sesuai.

“Selaras dengan amalan syarikat, sebarang kenyataan penting mengenai perubahan dalam kepemimpinan TNB atau sebarang perkara yang boleh atau akan mempengaruhi syarikat, akan dikeluarkan secara rasmi pada masa yang sesuai,” menurut syarikat utiliti itu dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas terdapat laporan bahawa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Azman Mohd. dilaporkan telah diminta untuk melepaskan jawatannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan yang memetik sumber yang rapat dengan TNB, Azman telah diberikan notis untuk melepaskan jawatannya Jumaat lepas, meskipun menerima lanjutan kontrak pada 1 Julai 2018.

Azman memegang beberapa jawatan penting sejak menyertai TNB pada 1979 dengan memulakan kerjaya sebagai jurutera elektrik di pejabat daerah sebelum menjadi Pengurus Besar negeri.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan TNB (Wilayah Operasi 2), Naib Presiden Pembahagian sebelum dilantik sebagai Presiden/CEO TNB pada Julai 2012. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini