Ibu kandung kanak-kanak lelaki 7 tahun dicari - Utusan Malaysia

Ibu kandung kanak-kanak lelaki 7 tahun dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Seorang wanita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki yang dijaga bagi memudahkan urusan pengambilan anak angkat.

MOHAMMAD FIZO ANDYAN yang tidak memiliki sijil kelahiran selepas ditinggalkan ibu kandungnya, Sitria, empat tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Jamilah Sutomo, 26, berkata, dia menjaga Mohammad Fizo Andyan Suwandi,7, yang merupakan anak tirinya sejak dua tahun lalu selepas menikahi suaminya, Suwandi Sihabuddin, 30, warga Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak ini adalah anak kandung suami saya dengan bekas isterinya yang dikenali dengan Fitria. Mereka terputus hubungan selepas bercerai pada 2014.

“Kali terakhir Fitria dikatakan tinggal di sekitar Ampang. Tujuan saya menjejaki ibu kandung Mohamad Fizo adalah untuk membuat pendaftaran kerana dia tidak mempunyai sijil lahir malah sukar untuk urusan pendaftaran sekolah dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sehubungan itu, Jamilah berkata, dia berharap Fitria tampil bertemu dengan bekas suami untuk mempermudahkan urusan pengambilan anak angkat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Fitria boleh menghubungi Jamilah di talian 011-1657 6886 atau Suwandi di 016-2944 871. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini