Ahmad Idham dilantik CEO baharu Finas - Utusan Malaysia

Ahmad Idham dilantik CEO baharu Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pelakon dan pengarah popular tanah air, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang popular dalam sitkom Spanar Jaya dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu berkuat kuasa Isnin lalu.

Ahmad Idham

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Ahmad Idham menggantikan Shakib Ahmad Shakir untuk menerajui Finas selama dua tahun berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Shakib Ahmad memangku jawatan tersebut selama empat bulan dan kemudian Lembaga Pengarah Finas memutuskan untuk melantik Ahmad Idham bagi menggantikannya. Kita mengucapkan terima kasih kepada Shakib Ahmad sepanjang perkhidmatannya selama ini.

“Kementerian berharap pelantikan Ahmad Idham ini dapat meningkatkan usaha Finas untuk membangunkan industri selain turut memohon ahli-ahli lembaga yang lain memberi kerjasama penuh kepada beliau dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, pelantikan Ahmad Idham adalah berdasarkan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam serta luar negara.

Katanya, Ahmad Idham juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1991. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini