Pencemaran: Suspek buang bahan kimia tidak didakwa hari ini - Utusan Malaysia

Pencemaran: Suspek buang bahan kimia tidak didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – pengusaha kilang penguraian tayar haram yang disyaki terlibat dalam pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang tidak didakwa hari ini di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal yang mengesahkan perkara itu berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Pihak JAS diminta untuk menambah beberapa lagi maklumat untuk melengkapkan kertas siasatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendakwaan masih belum dapat dijalankan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dapam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru bagi mengikuti perkembangan kes pendakwaan itu.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin memberitahu kepada media, pemilik kilang terbabit yang merupakan antara tiga suspek yang ditahan baru-baru ini akan didakwa hari ini.

Pertuduhan dijangka dijalankan dibawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini