111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta - Utusan Malaysia

111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kesemua 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang diarahkan untuk tutup berkuatkuasa serta-merta hari ini ekoran pencemaran sisa toksik di daerah berkenaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penutupan itu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, Maszlee berkata, murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (13 Mac 2019) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pihak Kementerian Pendidikan memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini