PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua sekolah iaitu sebanyak 111 buah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, arahan tersebut dikeluarkan berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor.
Jelasnya, sehubungan dengan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga keadaan kembali pulih.
Memuatkan artikel berkaitan…
“KPM memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE











