Bakal pengantin maut rempuh jentera bomba - Utusan Malaysia

Bakal pengantin maut rempuh jentera bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang bakal menamatkan zaman bujang pada minggu depan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah jentera bomba di persimpangan lampu isyarat di Wakaf Che Yeh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.05 petang itu, mangsa, Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28, (Gambar kecil) dari Tendong, Pasir Mas meninggal dunia serta-merta akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, mangsa yang bakal bernikah dengan pasangannya pada 22 Mac ini menunggang bersendirian dan tidak berhenti di persimpangan tersebut walaupun lampu isyarat sudah merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Pegawai Bomba Kanan 1, Zainal Fitri Husain berkata, jentera bomba yang terlibat kemalangan itu dalam perjalanan ke Ketereh berhubung satu kemalangn jalan raya.

“Jentera terbabit menyalakan lampu kecemasan dan siren ketika itu. Semasa tiba di lokasi, lampu isyarat sudah bertukar warna hijau.

“Sebuah motosikal secara tiba-tiba melanggar bahagian kiri jentera semasa kenderaan bomba ini sedang membelok ke kanan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akibat kejadian mangsa terjatuh ke atas jalan dan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini