Ibu cemas anak nyaris diculik di taska - Utusan Malaysia

Ibu cemas anak nyaris diculik di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang ibu cemas apabila anaknya berusia dua tahun nyaris diculik seorang wanita yang menyamar sebagai ahli keluarganya untuk mengambil kanak-kanak itu di sebuah taska di Wangsa Maju di sini semalam.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nurhakimah Izzati Jaafar berkata, ketika kejadian dia ada urusan kerja lalu meminta bantuan adik iparnya untuk mengambil anaknya (Zydan).

“Semasa adik ipar sampai di taska untuk membawa pulang anak buahnya, tiba-tiba da­tang seorang wanita tidak dikenali turut mahu mengambilnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Guru taska memaklumkan kepada wanita itu bahawa anak saya diambil oleh ibu saudaranya lalu wanita itu melihat telefon bimbit sambil memberitahu tersalah taska,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Nurhakimah, adik iparnya memberitahu wanita terbabit menaiki kereta Pero­dua Axia putih dalam keadaan mencurigakan.

“Keadaan dia mencurigakan dan membawa payung,” ujarnya sambil memberitahu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Semasa kejadian, Zydan (anak) sudah ada depan pintu tetapi dia (wanita terbabit) tetap tanya lagi di mana Zydan seolah-olah dia tidak tahu Zydan yang mana.

“Dia kata mahu ambil Zydan dengan seorang lagi kanak-kanak. Apabila dia lihat muka guru taska pelik, terus dia berhenti. Tidak sebut pun nama lagi seorang kanak-kanak yang dia mahu ambil,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supe­rintenden Noor Azmi Yusoff mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti wanita terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini