Proton Perdana ADUN Buntong dicuri  - Utusan Malaysia

Proton Perdana ADUN Buntong dicuri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sebuah kereta jenis Proton Perdana milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam dicuri dalam kejadian di kawasan tempat letak kenderaan, Pejabat Tanah dan Galian Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kereta peribadi itu diparkir di kawasan tempat letak kenderaan itu pada pukul 3 petang sebelum disedari hilang pada pukul 4.30 petang. 

“Ketika beliau mahu menggunakan kereta tersebut selepas melakukan kerja di pejabatnya, beliau mendapati kereta yang diletakkan di dalam keadaan berkunci itu telah hilang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dokumen-dokumen berkaitan kerja yang berada di dalam kereta tersebut turut hilang dan kerugian dianggarkan kira-kira RM15,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Ali, Sivasubramaniam memberitahu bahawa kawasan tersebut merupakan tempat letak keretanya setiap hari. 

“Siasatan awal mendapati tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. 

“Pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu juga menyakatan dia tidak menyedari kejadian tersebut berlaku,” katanya. 

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesan suspek dalam kejadian tersebut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini