Selepas harimau, gajah liar takutkan pekebun di pinggir Ipoh - Utusan Malaysia

Selepas harimau, gajah liar takutkan pekebun di pinggir Ipoh

BEBERAPA pekebun di Bukit Bangkong melihat tong tadahan air mereka yang berharga ratusan ringgit musnah akibat kacau ganggu gajah di Ipoh, Perak. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sekumpulan pekebun di Bukit Bangkong di sini ketakutan hendak menjenguk tanaman buah-buahan yang mereka usahakan susulan serangan gajah liar di kebun mereka sejak dua minggu lalu.

Menurut mereka, kejadian kacau ganggu sekawan gajah itu telah menyebabkan peralatan kebun rosak seperti tong tadahan air, baja selain pokok tanaman ranap dipijak haiwan tersebut.

Menurut wakil pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, seramai 12 pekebun terjejas melibatkan keluasan 9.7 hektar yang mengalami pelbagai jenis kerosakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kejadian serangan gajah yang berlaku pada September lalu lalu adalah kali pertama terjadi sejak mereka mengusahakan kawasan tersebut pada 2018.

“Sejak itu kami agak takut hendak turun ke kebun. Kadangkala kalau ada teman pekebun lain hendak ke kebun, baru saya atau yang lain-lain akan turut serta,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Abdul Rahim merayu agar pihak berkuasa membantu mereka memandangkan kebanyakkan daripada pekebun merupakan golongan pencen yang mencari pendapatan menerusi hasil tanaman.

“Kami telah berbelanja tinggi untuk membangunkan kawasan ini termasuk membeli peralatan pertanian. Kini kesemuanya telah musnah,” katanya.

Beliau sebelum itu bersama rakan-rakan pekebun lain membawa pemberita untuk meninjau kebun mereka yang telah rosak.

Jelasnya, kehadiran gajah bukan merupakan kemunculan pertama haiwan liar, sebaliknya mereka semua sebelum ini turut ditimpa ketakutan akibat penampakan harimau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini