Rebut 1,000 tiket percuma ke Sunway Lagoon - Utusan Malaysia

Rebut 1,000 tiket percuma ke Sunway Lagoon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad menawarkan 1,000 tiket masuk percuma ke Sunway Lagoon sempena musim cuti sekolah yang akan bermula pada 23 Mac ini.

Orang ramai berpeluang memenangi tiket berkenaan dengan melayari laman Facebook Branding Utusan/Kosmo dan Sunway Lagoon Malaysia.

Seterusnya, pelayar perlu mendaftar butiran diri pada pautan yang diberikan, menjawab soalan dan mengisi slogan selain mengumpul lapan keratan kepala akhbar berkenaan keluaran 7 hingga 21 Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan slogan yang menarik akan dihubungi melalui emel dan penebusan tiket boleh dibuat di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Chan Sow Lin, Cheras, di sini pada 20 dan 21 Mac ini.

Antara aktiviti menarik di taman tema itu adalah penampilan istimewa ‘Mermaids’, Lanun Spongebob dan Patrick, sesi menyelam skuba bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dan persembahan ‘Swashbuckling Pirates’ yang diadakan di Sunway Lagoon bermula 23 hingga 31 Mac ini.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Sunway Lagoon di talian 03-5639 0000 atau laman web sunwaylagoon.com atau aplikasi Facebook sunwaylagoonmalaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini