Lacazette boleh bermain - Utusan Malaysia

Lacazette boleh bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mac – Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette berpeluang untuk beraksi bersama skuad Gunners dalam kancah Liga Europa menentang Rennes Khamis ini selepas pemain kebangsaan Perancis itu pergantungan tiga perlawanan dikurangkan kepada dua oleh UEFA.

Skuad bimbingan Unai Emery terdahulu tewas 1-3 kepada Rennes dalam aksi peringkat 16 akhir pertama.

“Rayuan yang dikemukakan oleh Arsenal FC telah diluluskan. Pergantungan pemain Arsenal, Alexandre Lacazette akan dikurangkan kepada dua perlawanan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lacazette dilayangkan kad merah ketika tewas 0-1 kepada BATE Borisov dalam aksi peringkat 32 akhir pertama, pertengahan Februari lalu.

Bagaimanapun pemain tersebut sudahpun melepasi dua pergantungan ketika aksi timbal balik menentang BATE, di mana Arsenal menang 3-0, diikuti berdepan Rennes di laman sendiri minggu lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini