Muka warga emas jadi hodoh selepas picit jerawat - Utusan Malaysia

Muka warga emas jadi hodoh selepas picit jerawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 12 Mac – Seorang warga emas terpaksa tinggal bersendirian selepas wajahnya bertukar menjadi hodoh selepas memicit jerawat di mukanya kira-kira enam tahun lalu.

LIBRADA PATAM. -AGENSI

Portal Mirror melaporkan, Librada Patam, 68, dari Cavite, Filipina mempunyai kulit normal namun terkena jangkitan selepas dia memicit jerawat pada wajahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu tunggal itu tidak mampu untuk berjumpa doktor apabila wajahnya berubah kerana jangkitan tersebut dan hanya berjumpa dukun yang memberitahu dia telah disihir.

Penduduk setempat mulai menjauhinya dan menggelarkan dia zombi dan bimbang mereka juga akan terkena sihir tersebut.

Patam tinggal dengan anak perempuannya yang mempunyai masalah pertuturan memberitahu, dia mengambil ubat selama enam bulan namun tiada perubahan.

Menurut Kelly Lee yang merakam video wanita berkenaan, tiada sesiapa yang menjaga warga emas tersebut.

“Dia mencuci pakaiannya, memasak sendiri dan tidur di atas lantai dengan anjingnya, Saya berharap dia mendapat rawatan tidak lama lagi,” ujarnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini