JOHOR BAHRU 12 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri selesai mengambil dan merekodkan keterangan daripada tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Sim Sim, Pasir Gudang, Khamis lalu.
Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan petang kelmarin dan tengah hari semalam masing-masing berusia antara 40 hingga 50 tahun.
“Hari ini kita telah selesai mengambil dan merekodkan keterangan daripada ketiga-tiga suspek ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mohammad Ezzani berkata, suspek terdiri daripada pemilik sebuah kilang kimia, kilang barang lusuh dan pekerjanya. – UTUSAN ONLINE











