JOHANNESBURG 12 Mac – Seorang juruterbang South African Airways yang telah bekerja selama lebih 20 tahun, ditahan semalam berhubung dakwaan dia memandu pesawat penumpang besar tanpa memiliki lesen penerbangan komersial lanjutan.
Juruterbang terbabit, William Chandler diarahkan meletakkan jawatan selepas syarikat penerbangan tersebut menyatakan dia memandu pesawat tanpa dokumen yang sepatutnya.
“Peguamnya telah menyerahkannya kepada polis pagi ini (semalam),” ujar jurucakap polis nasional, Vishnu Naidoo kepada AFP.
Memuatkan artikel berkaitan…
Polis turut berkata, Chandler didakwa atas tuduhan pemalsuan dokumen.











