Dovizioso juara GP Qatar - Utusan Malaysia

Dovizioso juara GP Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA 11 Mac – Penunggang Itali, Andrea Dovizioso me­lakar kemenangan buat tahun kedua dalam perlumbaan pembukaan musim bagi kelas utama, MotoGP pada Grand Prix Motosikal Qatar, hari ini, sekali gus menafikan ca­baran sengit daripada jua­ra dunia, Marc Marquez untuk merampas kedudukan pertama.

ANDREA DOVIZIOSO

Kedua-dua pelumba itu saling bertukar ke­du­dukan pada pusingan terakhir, tetapi, Dovizioso yang memacu jentera Du­cati mendahului hampir keseluruhan aksi dan memastikan kemenangan men­jadi milik mutlaknya dengan hanya 0.023 saat (s) di depan pencabar dari Honda itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan di Litar An­tarabangsa Losail itu mengulangi pencapaian tahun lalu apabila kedua-dua pelumba itu mengunggu­li dua tempat teratas pa­da tahun lalu, dengan Do­vi­zioso mengatasi Marquez 0.027s. Kedudukan ketiga pula menjadi milik pelumba Britain, Cal Crutchlow.

“Saya gembira kerana sebelum perlumbaan hujung minggu, persembahan sa­ngat teruk. Seronok apabila dapat memulakan perlumbaan dengan menundukkan juara dunia,” kata Dovizioso.

Penunggang Itali itu hadir di Doha dengan perasaan bimbang mengenai kelajuan jenteranya, namun, masih mampu memulakan aksi di petak kedua selepas kelayakan. Marquez pula yang bermula di petak ketiga, gagal merampas kedudukan teratas daripada Dovizioso di pusingan terakhir.–AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini