ADDIS ABABA 11 Mac – Ethiopian Airlines menggantung operasi semua pesawat Boeing 737 MAX 8 yang dimilikinya sebagai langkah keselamatan ekoran nahas sebuah pesawat jenis itu yang mengorbankan 157 orang semalam.
Menurut laporan AP, jurucakap syarikat penerbangan itu, Asrat Begashaw berkata, walaupun punca nahas masih belum diketahui, syarikat memutuskan untuk menggantung operasi baki empat pesawat 737 MAX 8 sehingga notis selanjutnya.
Ethiopian Airlines menggunakan lima pesawat baharu 737 MAX 8 dan masih menunggu penghantaran 25 lagi pesawat jenis sama.
Memuatkan artikel berkaitan…











