Dua PATI dicekup atas feri penumpang - Utusan Malaysia

Dua PATI dicekup atas feri penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasrat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba meloloskan diri ke Pulau Ketam melalui feri penumpang gagal apabila berjaya ditahan Maritm Malaysia (APMM) semalam. 

Kedua-dua lelaki warga Indonesia berusia 20 dan 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.20 pagi pada jarak 0.3 batu nautika dari barat daya Tanjung Harapan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya terlebih dahulu menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah feri penumpang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Ketam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa anggota sedang melakukan pemeriksaan, dua lelaki cuba melarikan diri dari pihak berkuasa bagaimanapun gagal. Anggota kita kemudiannya menahan kedua-dua lelaki terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua individu itu  tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan telah melakukan kesalahan imigresen,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Rosli menjelaskan, siasatan lanjut mendapati kedua-dua PATI itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Ketam dan mereka telah menetap di negara kira-kira setahun yang lalu.

“Kedua-dua lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut,”ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini