Parlimen: Hormati lingkungan undang-undang dalam kebebasan bersuara - Agong - Utusan Malaysia

Parlimen: Hormati lingkungan undang-undang dalam kebebasan bersuara – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara di negara ini perlu dipraktikkan dalam lingkungan undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat.

Seri Paduka bertitah, penggunaan media terutama media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandaskan agama dan prinsip moral masyarakat.

Perkara ini, titah Seri Paduka, perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agensi-agensi penguatkuasa hendaklah bertindak tegas terhadap sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang,” titah Sultan Abdullah ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Yang turut berangkat ke istiadat pembukaan itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini