MA63 jadi tumpuan sidang Parlimen mulai esok - Utusan Malaysia

MA63 jadi tumpuan sidang Parlimen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac  -Usaha mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka menjadi tumpuan utama persidangan pertama mesyu­arat penggal kedua Parlimen ke-14, bermula Isnin.

Ini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Jumaat lalu, bahawa kerajaan pada mesyua­rat Kabinet Rabu lepas telah bersetuju untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan tersebut.

Vui Keong, yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kerja MA63, berkata pindaan perlembagaan itu akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini bagi menjadikan Sabah, Sarawak

Memuatkan artikel berkaitan…
LIEW VUI KEONG
LIEW VUI KEONG 

dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata.

Meskipun masih terlalu awal untuk menjangkakan perubahan yang bakal berlaku, keputusan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan itu adalah langkah pertama dan ia harus dilihat sebagai satu komitmen serius kerajaan Pakatan Harapan (PH) merealisasikan pelaksa­naan MA63.

MA63 yang membawa kepada penubuhan negara Malaysia pada 16 September 1963, mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu yang mempunyai hak sama rata dengan Malaya (kini Semenanjung Malaysia).

Bagaimanapun, pindaan pada Perlembagaan Persekutuan pada 1976 menyebabkan status Sabah dan Sarawak diturunkan, ma­sing-masing menjadi negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia.

Vui Keong berkata pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 anggota Parlimen untuk diluluskan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini